Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Op Covid 19 Polis Buru 63 Pemakai Wristband Keluar Rumah

Diterbitkan: 21 Jul 2020 2.45 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 Julai 2020 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan 63 individu yang ingkar arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-artikel-pilihan-op-covid-19-polis-buru-63-pemakai-wristband-keluar-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:18 MYT

Kuala Lumpur, 21 Julai 2020 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan 63 individu yang ingkar arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, semua individu itu akan dikesan dengan menggunakan kepakaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Setakat ini kita masih ada 63 individu yang belum dikesan. Apa KKM laksanakan adalah bekerjasama dengan pihak PDRM.

"Mereka akan dikesan dengan menggunakan kepakaran polis," katanya dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, pihaknya boleh menimbangkan cadangan kemungkinan menggunakan 'wristband' atau gelang kuarantin COVID-19 yang boleh mengesan lokasi pemakainya seperti di Hong Kong.

Namun, beliau berkata, cadangan penggunaan alat itu perlu diteliti termasuk kos yang perlu dibelanjakan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/covid-19-polis-buru-63-pemakai-…

Sumber: Harian Metro

Sumber gambar adalah dari yang tular dalam media sosial.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 21 Jul 2020 2.45 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM