
Article
Posting Pilihan Lawatan Kerja Pengarah Jspt Ke Kontinjen Perlis
Kangar, 23 Ogos 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Azisman Alias hari ini mengadakan Lawatan Kerja ke Kontinjen Perlis...
Kangar, 23 Ogos 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Azisman Alias hari ini mengadakan Lawatan Kerja ke Kontinjen Perlis.
Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Surina Saad bersama Ketua JSPT Kontinjen Perlis, DSP Rosmizan Abdul Wahab.
Dalam lawatan tersebut, Dato' Azisman berkesempatan menyampaikan amanat kepada warga JSPT Kontinjen Perlis agar mereka terus menggalas tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.
Hadir sama, Ketua Urusetia JSPT Bukit Aman, ACP Tuan Shahrum Hashim dan para Pegawai Kanan PDRM Kontinjen Perlis.