![[HARI PAHLAWAN 2021] JEJAK PERWIRA: LAWATAN MENYANTUNI PENERIMA DARJAH DAN BINTANG GAGAH PERKASA PERSEKUTUAN](/assets/images/rmp.webp)
Artikel
[HARI PAHLAWAN 2021] JEJAK PERWIRA: LAWATAN MENYANTUNI PENERIMA DARJAH DAN BINTANG GAGAH PERKASA PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2021 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan, DCP Dato' Nerita Yaacob menyantuni para penerima Darjah dan Bintang Ga...
Kuala Lumpur, 23 Ogos 2021 – Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan, DCP Dato' Nerita Yaacob menyantuni para penerima Darjah dan Bintang Gagah Perkasa Persekutuan bagi kategori pesara polis yang masih hidup melalui Program Jejak Perwira bersempena Hari Pahlawan 2021 di sekitar Lembah Klang, petang tadi.
Dalam kunjungan tersebut, Dato' Nerita telah menyampaikan sumbangan tanda penghargaan kepada penerima Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.), pesara SAC I Dato’ Mohd Rani Abd. Rashid dan pesara Sarjan Mejar Md Yusof Omar di kediaman masing-masing di Wangsa Maju serta Setapak.
Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah dan para pegawai kanan polis.
Jurugambar: Konstabel Bryanlie Mustin