Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Lawatan Kerja Pengarah Jlog Ke Ipd Taiping

Diterbitkan: 28 Feb 2021 7.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Taiping, 28 Februari 2021 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-lawatan-kerja-pengarah-jlog-ke-ipd-taiping
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:06 MYT

Taiping, 28 Februari 2021 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak, di sini, semalam.

Tujuan lawatan tersebut diadakan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung keperluan dan penambahbaikan fasiliti yang terdapat di IPD, Balai Polis Pasir Hitam dan Balai Polis Kuala Sepetang.

Dalam pada itu, beliau turut turun padang meninjau tapak projek bagi pembinaan Balai Polis Kuala Sepetang yang baharu menggantikan balai yang sedia ada.

Datuk Seri Haji Mazlan bersama isteri, Datin Seri Hajah Anizah Musa tidak melepaskan peluang menyantuni warga Pusat Jagaan Anak Yatim Ummi Siti Khadijah di Changkat Jering.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) JLog Bukit Aman, SAC Tuan Azizie Ismail, Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Tuan Haji Osman Haji Mamat, Ketua Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Superintendan Wan Nornidawati Wan Abdul Ghani dan para pegawai kanan.

Sumber: Polis Daerah Taiping

May be an image of one or more people and text that says 'Vp X MAZLAN POLIS'

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people, people standing and road

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

ArtikelDiterbitkan 28 Feb 2021 7.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM