
Posting Pilihan Kunjungan Hormat Pengarah Jlog Sempena Lawatan Kerja Ke Ipk Kedah
Alor Setar, 15 November 2020 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis negeri, CP Dato' Hasanuddin Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, sebentar tadi.
Kunjungan hormat tersebut dilakukan sempena lawatan beliau ke negeri berkenaan bagi meninjau keperluan logistik yang diperlukan oleh warga kerja Polis Kedah terutama dari segi infrasktruktur dan kemudahan kediaman demi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am), JLog, Bukit Aman, SAC Tuan Gilberd Philip Layang, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Fasaliti) JLog, Bukit Aman, ACP Tuan Haji Jebat Bakar, Ketua JLog Kedah, Superintendan Abdul Rahim Man dan para pegawai kanan IPK Kedah.
Sumber: Polis Kedah