Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Ksu Kdn Tinjau Kerja Pembaikan Dan Penyelenggaraan Pos Pga Bukit Tinjau

Published: 02 Jul 2026 4.14 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
Sepang, 2 Julai 2026 – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman mengadakan lawatan kerja ke Pos Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Tinjau di sini, semalam bagi meninjau hasil kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan yang telah siap dilaksanakan menerusi peruntukan Kerja-kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Kuarters dan Balai Polis Seluruh Negara Tahun 2025.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-ksu-kdn-tinjau-kerja-pembaikan-dan-penyelenggaraan-pos-pga-bukit-tinjau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT
Sepang, 2 Julai 2026 – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman mengadakan lawatan kerja ke Pos Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Tinjau di sini, semalam bagi meninjau hasil kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan yang telah siap dilaksanakan menerusi peruntukan Kerja-kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Kuarters dan Balai Polis Seluruh Negara Tahun 2025.

Lawatan tersebut mencerminkan komitmen KDN dalam memastikan kebajikan anggota sentiasa diberi perhatian melalui penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang selesa, selamat serta kondusif.

Turut mengiringi ialah Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PGA Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Komander Briged Tengah PGA, SAC Hakemal Hawari, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, Tuan Ahmad Fuad Apandi bersama pegawai kanan polis dan KDN.

ArticlePublished 02 Jul 2026 4.14 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM