Artikel
Posting Pilihan Majoriti Kes Dadah Pemandu Kenderaan Perdagangan Babitkan Pengambilan Syabu
Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 - Seramai 121 pemandu lori antara 135 individu ditahan selepas positif dadah dalam operasi bersepadu terhadap pemandu kenderaan perd...
Kuala Lumpur, 2 Julai 2026 - Seramai 121 pemandu lori antara 135 individu ditahan selepas positif dadah dalam operasi bersepadu terhadap pemandu kenderaan perdagangan di lebuh raya utama seluruh negara, sejak April hingga Jun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, jumlah itu dikesan hasil 713 saringan air kencing yang dijalankan sepanjang tempoh operasi.
Menurutnya, daripada 135 individu ditahan, hampir 90 peratus membabitkan pemandu kenderaan perdagangan.
"Dalam operasi itu, 135 individu ditangkap termasuk 121 pemandu lori dan 14 individu lain, berusia antara 20 hingga 60 tahun.
"Jumlah ini menunjukkan hampir 90 peratus tangkapan membabitkan pemandu kenderaan perdagangan," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut; https://www.bharian.com.my/.../majoriti-kes-dadah-pemandu...