Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpwkm Erat Kerjasama Dengan D11 Bukit Aman Menteri Kpwkm

Diterbitkan: 14 May 2022 1.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 14 Mei 2022 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengeratkan kerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam pemantapan keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak dan wanita di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpwkm-erat-kerjasama-dengan-d11-bukit-aman-menteri-kpwkm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:04 MYT
Kuala Lumpur, 14 Mei 2022 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengeratkan kerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam pemantapan keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak dan wanita di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau bersama Ketua Setiausaha serta Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan perbincangan dengan Bahagian D11 semalam bagi meneruskan sesi libat urus dan kolaborasi berhubung perkara itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Rina berkata perbincangan dimulakan dengan pembentangan modus operandi terkini NUR Alert dan statistik semasa berkaitan kanak-kanak hilang.
“Dalam pertemuan itu, saya memaklumkan bahawa kami telah menubuhkan Jawatankuasa Bersepadu Pengurusan Isu-Isu Sosial Kanak-Kanak di media sosial yang bermatlamat untuk menggembleng tenaga pakar dari Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pertubuhan bukan kerajaan dan individu berkepentingan supaya memastikan keselamatan kanak-kanak di media sosial terpelihara,” katanya.
Menurut Datuk Seri Rina, jawatankuasa itu merupakan platform untuk memantapkan usaha kerajaan dalam membanteras jenayah seksual kanak-kanak di media sosial dengan penganjuran kempen dan program advokasi.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM

ArtikelDiterbitkan 14 May 2022 1.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM