Artikel
Artikel Pilihan 11 Ditahan Padah Berlumba Dan Pamer Aksi Bahaya
Kuala Lumpur, 14 Mei 2022 - Padah berlumba dan mempamerkan aksi berbahaya di lebuh raya, 11 penunggang motosikal termasuk dua warga Indonesia ditahan polis di...
Kuala Lumpur, 14 Mei 2022 - Padah berlumba dan mempamerkan aksi berbahaya di lebuh raya, 11 penunggang motosikal termasuk dua warga Indonesia ditahan polis di beberapa lokasi di Seremban, Negeri Sembilan, awal pagi tadi.
Kesemua lelaki berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang menjalankan Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) serta Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS).
Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nadzri Hussain berkata, 21 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi bermula 11 malam hingga 9 pagi tadi.
"Ketika pemantauan dilakukan di Lebuhraya PLUS, pasukan melihat dua motosikal ditunggang secara bersaing sambil melakukan aksi 'superman' dan 'zig zag' bermula dari Kilometer (KM) 269.8 sehingga KM271 arah Kuala Lumpur.
Katanya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebanyak 36 saman dikeluarkan.
Sumber: Harian Metro

