
Artikel
Posting Pilihan Kpn Tinjau Keselamatan Persempadanan Di Sabah Dan Kalimantan
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh urusetia di Kompleks Sukan Sipitang dan diikuti sesi penyampaian kotak makanan kepada 10 orang penduduk Kampung Lon...
Sipitang, 18 Januari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari untuk meninjau persempadanan Sabah dan Kalimantan dekat Indonesia, di sini, bermula semalam.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh urusetia di Kompleks Sukan Sipitang dan diikuti sesi penyampaian kotak makanan kepada 10 orang penduduk Kampung Long Pasia, Sindumin pada sebelah malam.
Tan Sri Acryl Sani turut melawat Pondok Polis Long Pasia dan telah diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Polis Daerah Sipitang, DSP Champin Piuh. Sejurus selesai, beliau juga telah membuat pemantauan dari udara bagi melihat keselamatan kawasan persempadanan Sabah dan Kalimantan.
Turut mengiringi lawatan kerja KPN itu ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah, Timbalan Pengarah KNDKA (Gerakan) Bukit Aman, CP Datuk Mastor Ariff dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid.
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang











