
Artikel
Posting Pilihan Kpn Mendaki Bukit Gasing Bersama Komuniti Setempat
Kuala Lumpur, 2 April 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi mengetuai warga Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields b...
Kuala Lumpur, 2 April 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi mengetuai warga Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bersama komuniti setempat mendaki Bukit Gasing dekat Taman Rimba Bukit Kerinchi, di sini.
Selain dapat beramah mesra dengan penduduk sekitar ibu kota, program tersebut juga dapat membantu mempromosikan amalan gaya hidup sihat sebagaimana yang diterapkan oleh pihak kerajaan.
Hadir sama ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim bersama timbalannya, DCP Dato' Yahaya Othman, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor dan Pengerusi Pertubuhan Amal Uncle Kentang, Encik Kuan Chee Heng.