
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Terus Pantau Pematuhan Sop Pengarah Jabatan Kdnka
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, berkata pasukan pemantauan pematuhan yang diwujudkan khas...
Kuala Lumpur, 3 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan operasi pemantauan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19 walaupun negara sudah masuk fasa peralihan ke endemik bermula, Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, berkata pasukan pemantauan pematuhan yang diwujudkan khas bagi tujuan berkenaan juga dikekalkan sehingga arahan lanjut kerajaan.
Malah, katanya, gerakan Pasukan Pematuhan SOP PDRM kini dipertingkatkan untuk memantau dan menyerbu pusat hiburan yang beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat di seluruh negara yang mana kegiatan itu masih tidak dibenarkan.
"Operasi Pematuhan SOP akan diteruskan walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, operasi akan dijalankan seperti biasa, sama seperti sebelum ini.
"Kita masih ada Pasukan Pematuhan dan sebagainya dan tidak akan dibubarkan sehinggalah mendapat arahan lanjut daripada pihak kerajaan kelak, namun bilangan kekuatan pasukan sudah dikurangkan," katanya kepada BH.