Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kpn Hadir Majlis Suai Kenal Ajk Masjid An Nur

Published: 13 Jan 2023 1.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: POLIS DAERAH SUBANG JAYA
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-hadir-majlis-suai-kenal-ajk-masjid-an-nur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 13:02 MYT
Subang Jaya, 13 Januari 2023 - Ketua Polis Negara (KPN) hadir menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah dan seterusnya diperkenalkan dalam majlis sesi suai kenal Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu Masjid An-Nur, USJ 4, malam tadi.
Dalam majlis tersebut, beliau turut diberi kesempatan menyampaikan ucapan dan menyantuni penduduk setempat serta kariah sekitarnya.

Dalam majlis sama, turut diadakan pameran jenayah siber dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman sebagai pendedahan dan kesedaran kepada penduduk setempat.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato’ Dr. Mustafa Khan Hj. Abdul Samat, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat dan para pegawai kanan PDRM.

ArticlePublished 13 Jan 2023 1.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM