Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Sarawak Tinjau Persediaan Hadapi Prn Ke 12

Diterbitkan: 07 Dec 2021 12.53 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 7 Disember 2021 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah berbesar hari mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-sarawak-tinjau-persediaan-hadapi-prn-ke-12
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:44 MYT
Kuching, 7 Disember 2021 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah berbesar hari mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, pagi tadi.

Lawatan beliau ke negeri terbabit adalah untuk mendengar taklimat persiapan bagi tempoh berkempen dan hari mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke–12 yang telah dilakukan oleh kontinjen Sarawak. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sarawak, Superintenden Ismail Mahmood.

Selain itu, IG Tan Sri Acryl turut berkesempatan menyampaikan amanat kepada warga kontinjen Sarawak agar mengekalkan profesionalisme dari masa ke semasa malah sentiasa memastikan kesiapsiagaan dalam penugasan menghadapi pilihan raya yang akan berlangsung kelak.

Hadir sama, Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Ismail, Timbalan Pengarah JKDNKA (Gerakan) Bukit Aman, CP Datuk Mastor Mohd Ariff, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid dan barisan ketua jabatan.

Sumber: Polis Sarawak

ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2021 12.53 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM