Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan 317 Kemalangan Babitkan Anggota Urb Sejak 2012

Diterbitkan: 07 Dec 2021 1.38 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Harian Metro
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-317-kemalangan-babitkan-anggota-urb-sejak-2012
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:59 MYT
Tawau, 7 Disember 2021 - Sebanyak 317 kemalangan membabitkan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Disember 2012 sehingga November tahun ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato’ Ramli Hj. Din berkata, daripada jumlah itu, 314 kes membabitkan kecederaan manakala tiga kes kematian direkodkan masing-masing di Kontinjen Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Beliau berkata, bagi menjamin keselamatan petugas terpelihara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperolehi 3,218 set Kit URB yang membabitkan perbelanjaan RM7.4 juta.
"Pucuk pimpinan PDRM tidak pernah mengabaikan aspek keselamatan dan kebajikan anggotanya ketika menjalankan tugas.

"Sehubungan dengan itu, sebagai permulaan sebanyak 173 set Kit URB dikhaskan kepada Kontinjen Sabah sebelum diagihkan secara berperingkat ke kontinjen lain di seluruh negara.

"Kontinjen Sabah yang pertama menerima Kit URB baharu untuk tahun ini," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kit Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:
Sumber: Harian Metro

317 kemalangan babitkan anggota URB sejak 2012 | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2021 1.38 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM