Artikel
Artikel Pilihan Khidmat Marsyal Perlu Kelulusan Polis Timbalan Kpn
Kuala Lumpur, 7 Disember 2021 - Permohonan menggunakan sebarang khidmat pengiring konvoi atau marsyal oleh individu atau kumpulan perlu mendapat kelulusan piha...
Kuala Lumpur, 7 Disember 2021 - Permohonan menggunakan sebarang khidmat pengiring konvoi atau marsyal oleh individu atau kumpulan perlu mendapat kelulusan pihak polis selain menyatakan tujuan munasabah ia diperlukan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, berkata sebarang permohonan bagi tujuan itu tanpa sebarang penglibatan pihak polis merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
"Mereka yang hendak berkonvoi kenderaan dengan khidmat marsyal perlu ada kelulusan itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian akan sertakan anggota untuk turut serta sebelum sebarang tindakan menahan mahupun melencongkan kenderaan boleh dilakukan oleh PDRM atau agensi penguatkuasaan lain.
"Apa yang menjadi masalah sekarang adalah tindakan baik individu atau kumpulan untuk menggunakan khidmat marsyal tadi dibuat secara haram tanpa mendapat kelulusan pihak polis dan mereka bertindak secara sendiri yang sudah terang menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Memperkasa Sistem Integrasi, Komputer, Komunikasi, Kawalan dan Arahan (C4i) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Datuk Seri Hj. Mazlan dalam pada itu menasihatkan pihak bertanggungjawab tampil memohon kelulusan bagi memastikan aktiviti konvoi yang dijalankan lancar dan mematuhi peraturan serta tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
Sumber: Bernama
