Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kp Perak Adakan Ziarah Kebajikan Ke Atas Keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi

Diterbitkan: 17 Dec 2023 3.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 17 Disember 2023 - Ketua Polis (KP) Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama timbalannya DCP Dato' Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris, mengadakan ziarah kebajikan ke atas keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, di Taman Chepor Sentosa di Chemor, di sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kp-perak-adakan-ziarah-kebajikan-ke-atas-keluarga-allahyarham-muhammad-zaharif-affendi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Ipoh, 17 Disember 2023 - Ketua Polis (KP) Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama timbalannya DCP Dato' Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris, mengadakan ziarah kebajikan ke atas keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, di Taman Chepor Sentosa di Chemor, di sini, petang semalam.

Selain memberikan sokongan moral kepada keluarga mangsa, Dato' Sri Mohd Yusri turut memberi jaminan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus berkaitan kemalangan tersebut serta memastikan agar keadilan yang sepatutnya diperolehi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perak, SAC Luqman Abdul Rahman, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Mahiri Hussin dan para pegawai Kanan.

Sumber: Polis Perak

ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2023 3.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM