Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Buat Duit Musim Cuti Selit Pati

Diterbitkan: 17 Dec 2023 5.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Padang Besar, 17 Disember 2023 - Terdapat sindiket penyeludupan migran dikesan mengambil kesempatan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa musim cuti di pintu masuk negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-buat-duit-musim-cuti-selit-pati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:03 MYT
Padang Besar, 17 Disember 2023 - Terdapat sindiket penyeludupan migran dikesan mengambil kesempatan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa musim cuti di pintu masuk negara.

Justeru, polis negeri ini terus memantau rapat dan membanteras sebarang cubaan penyeludupan migran di Padang Besar yang menjadi laluan antarabangsa terutama sempena musim cuti hujung tahun ini.

Ketua Polis Perlis, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim berkata, penyeludupan migran biasanya berlaku pada masa tertentu seperti pada musim cuti ketika laluan antarabangsa menjadi sibuk dengan kehadiran pelancong.
"Mereka (sindiket pemerdagangan manusia) akan mengambil kesempatan dengan membawa masuk PATI yang akan ‘diselitkan'' bersama kehadiran pelancong di pintu masuk negara.

“Sejak Januari hingga November tahun ini, polis kontinjen Perlis mencatatkan sebanyak 21 kes Pemerdagangan orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), serta berjaya menahan 53 orang tekong menerusi 32 serbuan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, di sini semalam.

Menurut Dato' Muhammad, setiap tangkapan akan dikoordinasikan dengan dengan Bahagian (D3) ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 17 Dec 2023 5.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM