Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kp Pahang Turun Padang Tinjau Beberapa Daerah Yang Dilanda Banjir

Published: 09 Jan 2021 1.31 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lipis, 9 Januari 2021 – Ketua Polis (KP) Pahang, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan turun padang meninjau beberapa daerah yang dilanda banjir di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kp-pahang-turun-padang-tinjau-beberapa-daerah-yang-dilanda-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:11 MYT
Lipis, 9 Januari 2021 – Ketua Polis (KP) Pahang, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan turun padang meninjau beberapa daerah yang dilanda banjir di sini, hari ini. Beliau yang hadir bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) kontinjen Pahang, Datin Sri Dr. Siti Alida John Abdullah, memantau keadaan warga kerja Polis Daerah Lipis dan Raub serta penduduk setempat yang terjejas selain memberi sokongan moral kepada mereka di samping melihat fasiliti yang perlu ditambah baik berikutan kerosakan yang berlaku akibat banjir.

Selain itu, beliau turut berkesempatan menyerahkan sedikit sumbangan kepada mangsa yang terlibat dan menasihati semua penduduk agar sentiasa mematuhi arahan semasa pihak berkuasa memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Hadir sama Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, SAC Dato' Abdul Aziz Haji Salleh, barisan pegawai kanan dan pegawai rendah Polis serta ahli PERKEP kontinjen Pahang.

Sumber: 
Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, outdoor
ArticlePublished 09 Jan 2021 1.31 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM