
Artikel
Posting Pilihan Ketua Polis Negara Bertemu Rakan Sejawat Di Indonesia Bincang Isu Pati
Jakarta, 26 Januari 2022 - Isu pendatang tanpa izin (PATI) menjadi topik utama mesyuarat antara Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan...
Jakarta, 26 Januari 2022 - Isu pendatang tanpa izin (PATI) menjadi topik utama mesyuarat antara Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan rakan sejawat di Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo pada Selasa.
Dalam pertemuan di Ibu Pejabat Polis Indonesia di sini, kedua-dua mereka membincangkan masalah yang kerap terjadi di kedua-dua negara dan bertekad untuk meningkatkan kerjasama, koordinasi serta komunikasi.
Kewujudan laluan tikus dikenal pasti sebagai faktor utama berlakunya penyeludupan warga Indonesia ke Malaysia.
Jeneral Sigit berkata, berdasarkan data hampir setiap hari ada kes yang melibatkan kemasukan PATI dari Indonesia ke Malaysia atau yang diseludup.
“Kerjasama antara kedua-dua negara perlu bagi memudahkan proses pemantauan dan penyelarasan sekiranya kejadian serupa berlaku pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Polsek Magelang Selatan dan BERNAMA