Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rocky Anjing Pengesan K9 Jadi Hero Bantu Kesan Pemandu E Hailing

Diterbitkan: 26 Jan 2022 6.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gopeng, 26 Januari 2022 - Kecekapan seekor anjing pengesan membawa kepada penemuan seorang pemandu e-hailing dalam keadaan lemah dan kelaparan di atas bukit berhampiran kawasan perkuburan orang asli di Ulu Geruntum, Perak dekat sini pada Isnin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rocky-anjing-pengesan-k9-jadi-hero-bantu-kesan-pemandu-e-hailing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:07 MYT
Gopeng, 26 Januari 2022 - Kecekapan seekor anjing pengesan membawa kepada penemuan seorang pemandu e-hailing dalam keadaan lemah dan kelaparan di atas bukit berhampiran kawasan perkuburan orang asli di Ulu Geruntum, Perak dekat sini pada Isnin.

Anjing jenis German Shepherd diberi nama Rocky dari Unit Anjing Pengesan (K9) Kontinjen Perak itu dibawa bagi membantu polis mengesan lelaki berusia 32 tahun terbabit selepas dilaporkan hilang dengan meninggalkan kenderaan di perkampungan orang asli Sungai Kapur yang jaraknya lebih 18 kilometer dari pekan Gopeng.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh seorang tok batin selepas mengesan kereta jenis Proton Saga milik mangsa ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci di situ sejak Ahad.

Susulan daripada maklumat itu, satu operasi mencari dan menyelamat digerakkan membabitkan 20 anggota dan orang awam dengan bantuan seekor anjing K9 ke lokasi kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari pada Isnin.

Superintendan Mohamad Nazri berkata, tidak sampai dua jam operasi dijalankan, anjing pengesan berusia empat tahun itu berjaya mengesan mangsa di kawasan bukit berdekatan perkuburan orang asli iaitu kira-kira 700 meter dari tempat kenderaan ditinggalkan.

"Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari lokasi dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh mendapatkan rawatan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, animal, outdoors and text
ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2022 6.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM