Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Kdn Beli 50 Bot Sebagai Tambahan Aset Pdrm

Published: 18 Jan 2022 5.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainuddin telah menyerahkan tujuh buah bot jenis "Whaly" daripada jumlah keseluruhan di Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kdn-beli-50-bot-sebagai-tambahan-aset-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:00 MYT
Kuantan, 18 Januari 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pembelian 50 buah bot pelbagai saiz sebagai aset tambahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk digunakan dalam operasi menyelamat ketika banjir.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainuddin telah menyerahkan tujuh buah bot jenis "Whaly" daripada jumlah keseluruhan di Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.

Bot tersebut akan diletakkan di kesemua Briged PGA di seluruh negara bagi membolehkan tindakan pantas diambil jika berlaku bencana banjir di masa hadapan.

Seluruh warga kerja PDRM mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan dan KDN dalam pemberian aset baharu tersebut.

ArticlePublished 18 Jan 2022 5.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM