Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kes Jenayah Elak Ambil Keputusan Sendiri Hakim

Diterbitkan: 18 Jan 2022 8.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hakim, Dato' Indera Hj. Abdul Halim Aman berkata, kejadian yang berlaku dalam kes pesalah muda, Daniel Iskandar yang berusia 18 tahun empat bulan apabila ditangkap dan 'dimandikan' sebelum videonya dirakam dan menjadi viral perlu dijadikan sebagai pengajaran buat semua.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-jenayah-elak-ambil-keputusan-sendiri-hakim
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:38 MYT
Shah Alam, 18 Januari 2022 - Mahkamah Tinggi di sini menegur dan menasihatkan orang awam supaya tidak mengambil keputusan sendiri sebaliknya menyerahkan ia untuk disiasat, dibicarakan dan dihukum oleh mahkamah.

Hakim, Dato' Indera Hj. Abdul Halim Aman berkata, kejadian yang berlaku dalam kes pesalah muda, Daniel Iskandar yang berusia 18 tahun empat bulan apabila ditangkap dan 'dimandikan' sebelum videonya dirakam dan menjadi viral perlu dijadikan sebagai pengajaran buat semua.

Menurutnya, tindakan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) masjid menangkap pesalah tidak menjadi satu isu, malah ia dibenarkan.

"Bagaimanapun, yang menjadi perhatian ialah langkah seterusnya apabila AJK menghukum dengan memandikan pesalah sebagai jenazah, cuma tak lakukan kafan sahaja.

"Di bawah kuasa mana tindakan itu dilakukan? Dari aspek perundangan, menangkap, siasat dan tahan perlu dilakukan oleh pihak berwajib yang berbeza tetapi dalam kes ini, terus ditangkap dan dihukum oleh AJK masjid. Ini tindakan keterlaluan," katanya.

Dato' Indera Hj. Abdul Halim turut mengingatkan masyarakat supaya menghentikan perbuatan merakam dan melakukan video viral selain mahu mereka tidak mengambil undang-undang dalam tangan sendiri.

Berdasarkan kejadian cubaan mencuri tabung masjid di Selangor baru-baru ini, masyarakat dinasihatkan jangan mengambil tindakan di 'tangan sendiri' terhadap pesalah, sebaliknya terus menyerahkannya kepada pihak berkuasa. Pihak polis memberi jaminan setiap kes jenayah yang dilaporkan akan disiasat dengan adil agar pesalah dapat dibawa ke mahkamah untuk proses pertuduhan, perbicaraan dan seterusnya dijatuhkan hukum oleh mahkamah.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.
May be an image of text that says 'Elak ambil keputusan sendiri- Hakim 18 Mungkin pesalah'
ArtikelDiterbitkan 18 Jan 2022 8.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM