
Artikel
Posting Pilihan Kasih Sayang Pdrm Dengan Masyarakat Tidak Akan Pudar
Warga Balai Polis Bandar Polis Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan berbesar hati menyantuni kanak-kanak dari Kids Play in Event yang hadir m...
Warga Balai Polis Bandar Polis Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan berbesar hati menyantuni kanak-kanak dari Kids Play in Event yang hadir mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Polis tersebut, semalam.
Walaupun sibuk dengan tugasan hakiki Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meluangkan masa untuk dekat di hati masyarakat, ianya jelas kelihatan pada wajah kanak-kanak yang begitu teruja dan ceria apabila berpeluang menaiki kenderaan yang digunakan oleh polis dalam tugasan harian, selain dapat memupuk minat si kecil dalam bidang kepolisan.
Semoga menjadi pengalaman yang sangat berharga serta manis buat mereka semua. Semoga adik-adik menjadi anak yang berjaya di masa hadapan.
Sumber: Polis Dato Onn