Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Dua Gol Ifedayo Julang Pdrm

Diterbitkan: 20 May 2024 4.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, P. Maniam memuji impak yang dipamerkan penyerang import sensasi, Ifedayo Olusegun selepas menewaskan Perak FC 3-2 dalam aksi Liga Super kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-gol-ifedayo-julang-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:40 MYT
Pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, P. Maniam memuji impak yang dipamerkan penyerang import sensasi, Ifedayo Olusegun selepas menewaskan Perak FC 3-2 dalam aksi Liga Super kelmarin.

Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, Ifedayo meledak dua gol, manakala satu lagi jaringan dilakukan oleh Bruno Suzuki untuk menghadiahkan kemenangan pertama musim ini buat "The Cops".

Kata Tuan Maniam, Ifedayo, 33, sememangnya memiliki penyudah yang berbisa sekali gus menjadi sandaran utama pasukan untuk menjaringkan gol pada musim ini.

“Kita boleh lihat Ifedayo masih lagi memiliki naluri di hadapan gawang gol, tetapi aksi bertemu Kedah Darul Aman minggu lalu, dia tidak bernasib baik ketika peluang satu lawan satu dengan penjaga gol.

“Kini, dia menebus kecewa dengan meledak dua gol buat pasukan sedangkan kedua-dua jaringan tersebut dilakukan daripada sudut yang sukar dan kami gembira dengan prestasinya," katanya.

Ikuti temubual lanjut oleh Pengendali PDRM Football Club, P. Maniam mengenai kejayaan pemain Ifedayo julang kemenangan buat PDRM dalam aksi Liga Super menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, people playing American football, people playing football and text
ArtikelDiterbitkan 20 May 2024 4.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM