
Artikel
Posting Pilihan Jasad Sarjan Simon Laja Selamat Disemadikan Di Nirvana Memorial Park Sibu
Sibu, 9 Disember 2020 - Jasad anggota Infantri dari Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri, mendiang Sarjan Simon Laja yang terkorban bersama rakan setugasn...
Sibu, 9 Disember 2020 - Jasad anggota Infantri dari Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri, mendiang Sarjan Simon Laja yang terkorban bersama rakan setugasnya akibat dibawa arus deras semasa meronda di Sungai Melana dekat Baram, 5 Disember lalu, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Nirvana Memorial Park, di sini, petang tadi.
Hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani diiringi oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Ismail.
Turut hadir, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), DCP Dato’ Kasuahdi Haji Ali, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato’ Fisol Salleh, Komander Briged Sarawak, SAC Tuan Mancha Ata, ketua-ketua jabatan, pegawai pemerintah Briged Sarawak, pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah Kontinjen Sarawak.
Sumber: Briged Sarawak Laman Rasmi