
Artikel
Posting Pilihan 43 Pegawai Dan Anggota Dari Jsj Dan Jsjn Kedah Terima Surat Penghargaan Khas Ketua Polis Negeri
Alor Setar, 9 Disember 2020 – Seramai 43 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Kedah m...
Alor Setar, 9 Disember 2020 – Seramai 43 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Kedah menerima Surat Penghargaan Khas daripada Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Zainuddin Hassan dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini, pagi tadi.
Surat penghargaan tersebut diserahkan sebagai menghargai usaha mereka menumpaskan sindiket penyeludupan dadah terbesar akhir November lalu di sempadan Malaysia dengan Thailand, dengan penahanan tujuh suspek dan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM18 juta.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima dan semoga dengan penghargaan tersebut akan menaikkan lagi semangat dan perjuangan mereka dalam menguatkuasakan undang-undang di negara ini.
Sumber: Polis Kedah