
Artikel
Posting Pilihan Fru Turun Padang Bantu Mangsa Banjir
Seremban, 19 Disember 2021 - Tiada perhimpunan haram atau rusuhan sebaliknya kehadiran 'water cannon' Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Kampung Ismail, Amp...
Seremban, 19 Disember 2021 - Tiada perhimpunan haram atau rusuhan sebaliknya kehadiran 'water cannon' Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Kampung Ismail, Ampangan, di sini, semalam, adalah untuk membantu penduduk membersihkan jalan ditenggelami lumpur banjir.
Sepasukan anggota FRU Seremban dikerahkan ke kampung berkenaan selepas lokasi itu ditenggelami banjir sejak semalam hingga menyebabkan lebih 130 rumah terjejas.
Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Mohamad Mat Yusop berkata, seramai tiga pegawai dan 41 anggota FRU Seremban diarahkan untuk membantu penduduk membersihkan jalan dan rumah kediaman penduduk.
"Kami mendapati kampung berkenaan terkesan dengan banjir kilat yang melanda. Sebanyak 130 rumah terbabit dalam musibah berkenaan.
"Sepasukan anggota dan pegawai dihantar bagi membantu membersih kawasan itu kira-kira jam 2 petang tadi," katanya.
Sumber: Polis Negeri Sembilan dan Harian Metro
