Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Tinjau Kawasan Bencana Banjir Di Selangor Dan Lembah Klang

Diterbitkan: 19 Dec 2021 1.17 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Klang, 19 Disember 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meluangkan masa hampir sejam meninjau lokasi banjir di sekitar negeri Selangor dan Lembah Klang, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-tinjau-kawasan-bencana-banjir-di-selangor-dan-lembah-klang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:15 MYT

Klang, 19 Disember 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani meluangkan masa hampir sejam meninjau lokasi banjir di sekitar negeri Selangor dan Lembah Klang, hari ini.

Tinjauan Tan Sri Acryl Sani dari ruang udara itu diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali bersama timbalannya, CP Datuk Mastor Mohd Ariff.

Antara lokasi tumpuan yang dibuat tinjauan adalah di sekitar daerah Shah Alam, Hulu Langat dan Empangan Klang Gate yang terletak di daerah Ampang.

Terdahulu di sebelah pagi, beliau hadir mengiringi Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Johan Setia dan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gong, di sini.

Selain mendengar suara hati mangsa-mangsa banjir di PPS, Tan Sri Acryl Sani turut bertemu para petugas Polis Diraja Malaysia yang membuat tugasan keselamatan di lokasi dan menitipkan kata-kata semangat buat mereka.

Seusai lawatan di kedua-dua PPS, beliau bersama Dato' Sri Ismail Sabri terus mendengar Taklimat Laporan Kejadian Banjir Daerah Klang yang disampaikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Turut hadir dalam taklimat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff Ahmad, Menteri Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Hj. Omar, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM.

Jurugambar: Koperal Muhammad Iqtar Azmi


May be an image of 6 people, people standing, helicopter, outdoors and text that says 'ALAYSIA R$+ 9M-PMD-'


May be an image of 1 person and text that says 'RD'

May be an image of body of water


May be an image of 9 people, people standing, outdoors and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, child and indoor

May be an image of 12 people, people sitting and indoor

May be an image of 4 people, people sitting, people standing and text that says 'S AFFENDI TUDM த ACRYL SANI LIK POLIS'

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people

May be an image of 1 person and text that says 'ACRYL SANI POLIS'

May be an image of body of water

May be an image of 2 people and outdoors
May be an image of outdoors and tree

May be an image of body of water

May be an image of 9 people, helicopter and outdoors



ArtikelDiterbitkan 19 Dec 2021 1.17 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM