Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Enam Atlet Unit Berkuda Pdrm Ungguli Pertandingan Equestrian Badan Beruniform Perbadanan Putrajaya

Diterbitkan: 22 Dec 2021 1.45 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 22 Disember 2021 – Enam atlet Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai Pertandingan Equestrian Badan Beruniform Perbadanan Putrajaya mengungguli kejohanan tersebut yang berlangsung selama dua hari bertempat di Kompleks Unit Berkuda, Perbadanan Putrajaya, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-enam-atlet-unit-berkuda-pdrm-ungguli-pertandingan-equestrian-badan-beruniform-perbadanan-putrajaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT
Putrajaya, 22 Disember 2021 – Enam atlet Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai Pertandingan Equestrian Badan Beruniform Perbadanan Putrajaya mengungguli kejohanan tersebut yang berlangsung selama dua hari bertempat di Kompleks Unit Berkuda, Perbadanan Putrajaya, di sini.

Kejohanan yang bermula 20 Disember itu turut menyaksikan empat badan beruniform mengambil bahagian selain PDRM iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Perbadanan Putrajaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam dua kategori yang dipertandingkan, ‘Show Jumping’ serta ‘Dressage’.

Dalam kategori ‘Show Jumping’, Lans Koperal Mohd Faez Ishak bersama kudanya, Subbah telah memenangi acara 70-80 sentimeter, manakala Sarjan Hafidz Mazlan bersama kudanya, Katie pula memenangi acara 80-90 sentimeter.

Sementara kategori ‘Dressage’ dan ‘Novice Open (EA Novice 2B)’ pula menyaksikan Lans Koperal Mohd Faez Ishak bersama kudanya Stella manjadi johan dalam acara tersebut.

Syabas dan tahniah diucapkan buat para atlet Unit Berkuda PDRM yang mengambil bahagian dan seterusnya meraih kemenangan dalam acara yang dipertandingkan serta diharap mereka akan terus melakar kejayaan pada kejohanan-kejohanan akan datang.


May be an image of 1 person, riding a horse, standing, horse and outdoors

May be an image of 1 person, riding a horse and horse



May be an image of 1 person, standing, horse and outdoors

May be an image of 2 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people and people standing
ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2021 1.45 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM