Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Razarudin Husain Terima Watikah Pelantikan Sebagai Timbalan Kpn Yang Baharu Berkuat Kuasa 26 Disember 2021

Diterbitkan: 22 Dec 2021 11.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 22 Disember 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain hari ini menerima surat pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) yang baharu berkuat kuasa 26 Disember depan daripada Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-razarudin-husain-terima-watikah-pelantikan-sebagai-timbalan-kpn-yang-baharu-berkuat-kuasa-26-disember-2021
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:22 MYT
Putrajaya, 22 Disember 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain hari ini menerima surat pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) yang baharu berkuat kuasa 26 Disember depan daripada Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin, di sini.
 
Majlis serba ringkas tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan KPN antara DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dengan CP Dato' Razarudin Husain dijadualkan berlangsung pada 24 Disember 2021, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Dalam majlis yang sama juga, MDN berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada warga kerja KDN yang terjejas akibat banjir di Lembah Klang.

Bagi pihak seluruh warga Pasukan, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas serta selamat bertugas buat CP Dato' Razarudin Husain.

Jurugambar : Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people sitting and text that says 'ETIAPOS POLIS NEGARA ISEMBER 2021 I RABU'

May be an image of 4 people

May be an image of 4 people and people standing





ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2021 11.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM