Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Eksklusif Pgu Pangkalan Semenanjung Bawa Keluar Mayat Pendaki Yang Hilang Di Kaki Gunung Jasar

Published: 02 Oct 2023 2.28 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Semenanjung semalam membantu membawa keluar jasad pendaki warga negara asing yang ditemui dekat kaki Gunung Jasar di Cameron Highlands, Pahang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-eksklusif-pgu-pangkalan-semenanjung-bawa-keluar-mayat-pendaki-yang-hilang-di-kaki-gunung-jasar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT
Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Semenanjung semalam membantu membawa keluar jasad pendaki warga negara asing yang ditemui dekat kaki Gunung Jasar di Cameron Highlands, Pahang.

Krew PGU yang diketuai juruterbang pesawat, Superintendan Mohd Fairuz Jamil dengan dibantu juruterbang ASP Hj. Mohammad Firdaus Rosli bersama Pemerhati Udara, Sub Inspektor Azwan Azimat, Sarjan Rahman Muhamad Yusoff dan Sarjan Ahmad Ezuan Roslan serta Sarjan Nor Airie Mohd Nasir melaksanakan teknik 'winching' menggunakan 'rescue busket', membawa jasad pendaki tersebut dari Gunung Jasar ke Padang Kem Slim dekat Tanah Rata.

Operasi SAR bagi mengesan pendaki yang dikatakan hilang sejak pagi 22 September itu melibatkan 101 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan badan bukan kerajaan (NGO), Malim Gunung Cameron Highlands serta Radio Communication and Recreation Club.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan semoga mereka tabah menghadapi detik mendukacitakan tersebut.

Sumber: Pasukan Gerakan Udara

Posting Pilihan Eksklusif Pgu Pangkalan Semenanjung Bawa Keluar Mayat Pendaki Yang Hilang Di Kaki Gunung Jasar
ArticlePublished 02 Oct 2023 2.28 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM