
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Rampas Minuman Keras Rm1 5 Juta Tahan Tiga Individu
Kuala Lumpur, 3 Oktober 2023 - Polis merampas minuman keras seludup tidak bercukai bernilai RM1.5 juta dan menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga...
Kuala Lumpur, 3 Oktober 2023 - Polis merampas minuman keras seludup tidak bercukai bernilai RM1.5 juta dan menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Vietnam dalam dua serbuan di Jalan Sungai Besi, Cheras di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam serbuan pertama, sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih telah menahan seorang wanita Vietnam berumur 44 tahun di sebuah premis yang terletak di Jalan Sungai Besi.
“Dalam serbuan pada jam 2 petang itu, polis telah merampas 108 kotak arak dan 116 karton arak pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM230,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.