Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Curi Rm24 2 Juta 14 Individu Ditahan Terima Komisen Antara Rm100 000 Hingga Rm240 000

Published: 21 Jun 2024 1.59 PM Updated: 15 Aug 2026 8.12 PM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM dan BERNAMA
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-curi-rm24-2-juta-14-individu-ditahan-terima-komisen-antara-rm100-000-hingga-rm240-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:43 MYT
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 - Polis menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 14 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, individu yang ditahan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah semalam itu merupakan seorang wanita warga tempatan dan dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang kakitangan bank.

“Setakat ini, hasil siasatan mendapati sindiket ini mula aktif pada awal 2023 dan kesemua suspek menerima wang komisen antara RM100,000 hingga RM240,000 mengikut peranan masing-masing.

“Kita juga percaya dalang utama bagi kes ini adalah individu yang dipercayai pakar dalam membuat pemalsuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan serta cap jari bagi proses pengeluaran duit,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

ArticlePublished 21 Jun 2024 1.59 PMUpdated 15 Aug 2026 8.12 PM