Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Cubaan Seleweng 200 000 Liter Diesel Ditumpaskan Ppm

Diterbitkan: 13 Apr 2022 8.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sibu, 13 April 2022 - Cubaan menyeleweng 200,000 liter muatan diesel bernilai hampir setengah juta di kawasan perairan Lanang di Sungai Batang Rajang berjaya ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, Sibu, Sarawak pada jam 12 tengah malam, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-cubaan-seleweng-200-000-liter-diesel-ditumpaskan-ppm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:38 MYT
Sibu, 13 April 2022 - Cubaan menyeleweng 200,000 liter muatan diesel bernilai hampir setengah juta di kawasan perairan Lanang di Sungai Batang Rajang berjaya ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, Sibu, Sarawak pada jam 12 tengah malam, kelmarin.

Komander PPM Wilayah 5, Sarawak, ACP Zulfikar Mohd Ghazali berkata, Unit Risikan Marian (URM) menahan kapal kargo terbabit dan menemui 200,000 liter diesel pada bahagian bawah kapal berkenaan.

Katanya, hasil soal siasat awal terhadap juragan kapal iaitu lelaki tempatan berusia 43 tahun mengaku menyimpan stok diesel terbabit pada bahagian bawah dek kapal terbabit.

"Juragan itu gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki atau membawa diesel terbabit dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu.

"Dua lagi kru kapal yang juga lelaki tempatan berusia 18 dan 45 tahun turut ditahan. Nilai kesemua rampasan termasuk kapal kargo, diesel dan jentolak dianggarkan bernilai RM2.43 juta. Ketiga-tiga suspek berserta barangan yang dirampas kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat KPDNHEP Sibu untuk tindakan lanjut," katanya yang turut mengatakan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: Polis Sarawak dan Harian Metro

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of 4 people and text that says 'Hurley'

May be an image of outdoors and text that says 'POLIS'

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person
ArtikelDiterbitkan 13 Apr 2022 8.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM