
Keratan Akhbar Pilihan Anggota Polis Setia Jaga Bapa Hidap Angin Ahmar Biarpun Sibuk Dengan Keluarga Dan Kerja
Alor Setar, 13 April 2022 - Biarpun sudah berkeluarga dan sibuk dengan tugasan harian sebagai anggota polis, Muhammad Firdaus Ahmad tetap setia menjaga bapanya yang menghidap angin ahmar sejak 12 tahun lalu.
Ibunya, Rodziah Ishak, 51, dan enam adik masih berkemampuan untuk menjaga insan kesayangan itu namun Muhammad Firdaus, 31, yang menetap di Taman Gunung Bongsu, di sini enggan lepas tangan kerana sedar tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
Bapa tiga anak itu berkata, apa yang dilakukan sudah menjadi rutin harian dan satu kelaziman demi memastikan kebajikan bapanya, Ahmad Noor, 59, terpelihara.
"Dulu ayah sihat dan ceria orangnya namun segalanya berubah selepas dia terjatuh dan kena strok di kanan badan.
“Adik- adik ada bergilir-gilir bantu emak menjaga ayah namun saya tidak boleh harapkan mereka saja, jadi saya berulang alik daripada tempat kerja dan rumah setiap hari memandangkan tinggal berasingan.
"Mujurlah isteri serta majikan faham kerana ada kalanya saya perlu mengambil cuti bagi menguruskan ayah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.