Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Al Fatihah Timbalan Kpn Beri Penghormatan Terakhir Kepada Penolong Pengarah Pengurusan Kebajikan Bukit Aman

Published: 08 Jan 2023 2.51 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 8 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, Allahyarham ACP Hj. Rusli Abas di kediamannya dekat Taman Tanjung Sentosa, Tanjung Rambutan di sini petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-al-fatihah-timbalan-kpn-beri-penghormatan-terakhir-kepada-penolong-pengarah-pengurusan-kebajikan-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:54 MYT
Ipoh, 8 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, Allahyarham ACP Hj. Rusli Abas di kediamannya dekat Taman Tanjung Sentosa, Tanjung Rambutan di sini petang tadi.

Bersama beliau memberi penghormatan terakhir tadi ialah Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Allahyarham ACP Hj. Rusli yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 17 Disember lalu, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.50 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan jenazahnya selamat dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Islam Bakar Bata, Tanjung Rambutan petang tadi.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir dan menyantuni keluarga Allahyarham ialah Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama timbalannya, DCP Dato' Pahlawan Azizi Hj. Mat Aris, Ketua Polis KL, CP Dato' Azmi Abu Kassim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob dan rakan-rakan seperjuangannya dalam Pasukan.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham ACP Hj. Rusli, didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Sumber: Polis Perak

ArticlePublished 08 Jan 2023 2.51 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM