
Artikel
Posting Pilihan 592 Pelatih Konstabel Siri 1 2020 Dan Siri 3 2020 Tamat Latihan Plak
Jempol, 13 Mac 2021 - Seramai 592 Pelatih Konstabel Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2020 dan Siri 3/2020 di Pusat Lat...
Jempol, 13 Mac 2021 - Seramai 592 Pelatih Konstabel Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2020 dan Siri 3/2020 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Negeri Sembilan di sini berjaya menamatkan latihan mereka hari ini.
Majlis tamat latihan tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Huzir Mohamed dengan diiringi Komandan PULAPOL Air Hitam, ACP Tuan Ali Ahmad.
Majlis yang dijalankan di dalam norma baharu ini diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat tanpa kehadiran keluarga pelatih.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Nerita Yaacob, Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Mohamad Mat Yusop dan Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook.