
Artikel
#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 68,516 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Pros...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 68,516 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebanyak 3,721 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,463 anggota telah membuat pemantauan di 6,726 pasar raya, 6,277 restoran, 4,103 penjaja 2,329 kilang, 3,322bank dan 929 pejabat kerajaan. Turut dipantau, sebanyak 3,620 terminal pengangkutan darat, 1,836 terminal pengangkutan air serta 1,032 terminal pengangkutan udara.
Semalam, seramai 223 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 216 telah dikenakan kompaun dan tujuh (7) direman. Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (70)
- Tidak memakai pelitup muka (55)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (47)
- Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (24)
- Aktiviti pusat hiburan (17)
- Lain-lain (10)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (13 Mac 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN