Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Turut Terjun Lombong Tangkap Kaki Judi

Published: 17 Jun 2014 2.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Serbuan kira-kira jam 4 petang itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), IPK Selangor itu berjaya menahan 36 kaki judi termasuk 10 warga tempatan berusia ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-turut-terjun-lombong-tangkap-kaki-judi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:35 MYT

Seramai 12 kaki judi nekad terjun ke dalam lombong untuk melepaskan diri selepas kegiatan mereka berjudi dalam sebuah hutan di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara 6, Serdang, diserbu semalam.

Namun, taktik mereka itu tidak berjaya selepas beberapa anggota polis turut terjun mengejar kaki judi terbabit sebelum mereka menyerah diri 30 minit kemudian.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), IPK Selangor itu berjaya menahan 36 kaki judi termasuk 10 warga tempatan berusia linkungan 25 hingga 60 tahun.

Polis turut merampas wang tunai RM37,000 dipercayai hasil kegiatan judi, selain enam ekor ayam dan pelbagai peralatan lain.

Hasil siasatan lanjut polis mendapati, semua mereka menjadikan kawasan hutan berkenaan sebagai pusat aktiviti judi sejak sebulan lalu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Sumber: Akhbar Harian Metro

Polis Turut Terjun Lombong Tangkap Kaki Judi

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM