Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpaskan Geng Samun Jalanan Di Melaka Tengah

Published: 18 Jun 2014 1.27 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Melaka, 20 Sept - Polis Melaka menumpaskan satu geng samun jalanan susulan penangkapan tiga suspek termasuk seorang wanita di Taman Delima Raya, Bukit Baru, Melaka Tengah awal pagi semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-geng-samun-jalanan-di-melaka-tengah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:47 MYT

Melaka, 20 Sept - Polis Melaka menumpaskan satu geng samun jalanan susulan penangkapan tiga suspek termasuk seorang wanita di Taman Delima Raya, Bukit Baru, Melaka Tengah awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata masing-masing yang berusia 20, 28 dan 29 tahun terbabit ditahan di sebuah rumah di taman berkenaan pada pukul 1.30 pagi.

Hasil serbuan itu polis merampas lima telefon bimbit dan satu beg tangan wanita yang dipercayai hasil samun serta dua motosikal termasuk sebuah dilapor dicuri di Alor Gajah, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Raja Shahrom, kesemua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu mengaku melakukan samun jalanan khususnya di sekitar Jonker Street, Dataran 1Malaysia di Klebang dan Taman Cheng Ria.

Modus operandi mereka sama ada menaiki motosikal dan meragut mangsa atau menyamar sebagai penguat kuasa dan mengugut mangsa dengan parang agar menyerahkan barangan berharga, katanya.

Beliau berkata suspek lelaki berusia 28 tahun itu mempunyai empat rekod jenayah kekerasan dan dua kes dadah.

Dengan penangkapan ini polis berjaya menyelesaikan empat kes samun jalanan dan satu kes curi motosikal, katanya.

Beliau juga meminta mangsa samun ketiga-tiga suspek tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah bagi membantu siasatan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.27 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM