Empat lelaki yang sedang khayal kerana mengambil dadah ditahan dalam serbuan di Kondominium Pudu Impian, Cheras bersama rampasan dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM100,000. Semua yang ditahan dipercayai pengedar dadah yang bergiat aktif di daerah itu sejak enam bulan lalu dan salah seorang yang ditahan adalah individu dikehendaki polis. Ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek berkenaan disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro