Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpaskan Geng Mat Ganja Aktif Ragut Dan Curi Motosika

Published: 16 Jun 2014 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan Geng Mat Ganja yang dipercayai aktif menjalankan aktiviti ragut dan curi motosikal di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di sini selepas..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-geng-mat-ganja-aktif-ragut-dan-curi-motosika
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:50 MYT

BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan Geng Mat Ganja yang dipercayai aktif menjalankan aktiviti ragut dan curi motosikal di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di sini selepas menahan tiga remaja lelaki pada 21 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Azman Abd Lah berkata tiga remaja termasuk seorang pelajar sekolah berusia antara 16 dan 20 tahun itu ditahan berasingan di rumah masing-masing di sekitar Kubang Semang di sini pada 7 pagi, 21 Sept lepas.

"Polis percaya dengan penahanan mereka telah berjaya menyelesaikan dua kes ragut dan lapan kes curi motosikal di sekitar SPT sejak April lepas dan siasatan juga mendapati mereka positif ganja," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Azman berkata polis juga merampas sebuah motosikal dan beberapa komponen motosikal yang dicuri serta beberapa barang kemas yang dipercayai diragut.

Katanya polis kini giat mengesan ketua geng terbabit iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun dan berasal daripada Kubang Semang di sini bagi membantu siasatan.

Tiga remaja berkenaan kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379A(1) dan 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri motosikal serta meragut, katanya.

Sementara itu beliau berkata polis mencari waris seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang ditemui di Jalan Kelisa Emas 2, Taman Kelisa Emas di sini pada 26 Sept lepas kira-kira pukul 8 pagi.

Katanya lelaki yang lengkap berpakaian t-shirt merah dan seluar jean biru itu dipercayai warga tempatan ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

"Ketika ditemui lelaki itu dalam separuh sedar dan dia dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 9.15 pagi hari yang sama," katanya.

Azman berkata siasatan mendapati tiada sebarang dokumen perjalanan diri bersama mangsa dan hasil bedah siasat menunjukkan lelaki terbabit mengalami kecederaan dalaman akibat terjatuh dari motosikal sebelum ditinggalkan di tempat kejadian.

"Kita minta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubang kejadian berkenaan supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau ASP Rizal Ramli di talian 019-4585145 bagi membantu siasatan," katanya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM