Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tumpaskan Geng Curi Motosikal Mirul Tok Kaya

Published: 17 Jun 2014 1.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Hasil penahanan tersebut, kita turut menemui dua rangka dan casis motosikal serta komponen enjin yang ditemui dalam tali air di Kampug Tok Kaya dan empat lagi di sekitar kawasan rumah suspek di Kampu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-geng-curi-motosikal-mirul-tok-kaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:03 MYT

Kuala Terengganu, 12 Feb : Polis menumpaskan Geng Mirul Tok Kaya yang aktif melakukan kegiatan mencuri motosikal di sekitar negeri ini sejak enam bulan lalu dengan tertangkapnya lapan lelaki termasuk bapa kepada suspek utama kumpulan itu di Kampung Chabang Tiga di sini awal bulan ini.

Bagaimanapun bapa kepada suspek utama yang berumur 59 tahun
telah dibebaskan, tetapi akan menjadi saksi polis dalam kes tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata tujuh suspek yang berusia 16 hingga 24 tahun ditahan di sekitar Chabang Tiga dan Seberang Takir. Dua daripada mereka yang ditahan di Kampung Seberang Takir merupakan pembeli barangan curi berkenaan.

"Hasil penahanan tersebut, kita turut menemui dua rangka dan casis motosikal serta komponen enjin yang ditemui dalam tali air di Kampug Tok Kaya dan empat lagi di sekitar kawasan rumah suspek di Kampung Tok Kaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Tiga lagi anggota kumpulan itu masih diburu.


ACP K. Manoharan berkata kumpulan itu bergiat aktif di waktu malam dan sasaran mereka ialah motosikal yang diletakkan di perkarangan rumah. Beliau berkata dengan tertangkapnya suspek utama yang dikenali sebagai Mirul, 19, polis berjaya menyelasaikan enam kes mencuri motosikal. Dua daripada suspek pernah dihukum sebelum ini kerana mencuri motosikal dan menghapuskan bahan curi, katanya. Manakala lima daripada suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.-BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 1.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM