Op Selamat T Ganu Catat Kadar Kemalangan Jalan Raya Paling
Kuala
Terengganu, 11 Feb - Terengganu setakat ini muncul negeri paling rendah
mencatatkan kadar kemalangan jalan raya berbanding negeri-negeri lain
menerusi statistik polis dalam Ops Selamat yang bermula 3 Feb lalu dan
bakal berakhir pada 17 Feb nanti. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA),
Bukit Aman, Dato' Sri Salleh bin Mat Rashid berkata setakat ini
statistik menunjukkan hasil yang positif dan hampir lima peratus
menunjukkan penurunan di negeri ini. Katanya selain kes kemalangan,
statistik kes pecah rumah turut menunjukkan penurunan yang sama dan
pihaknya akan meneruskan rondaan bagi memastikan ianya tidak menunjukkan
peningkatan yang ketara.
"Setakat
Ops Selamat dilancarkan, stastistik yang diperolehi amat memuaskan dan
menujukkan hasil yang positif," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan 'Reaching Out' di sekitar bandaraya di sini hari ini.
Menurutnya Ops Selamat kali ini, pihaknya memberi penekanan advokasi
kepada pengguna jalanraya dan mengurangkan mengambil tindakan
undang-undang. Namun pihak polis tidak akan berkompromi dengan pengguna
jalan raya yang melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat,
memandu laju, memotong garisan berkembar dan memotong barisan yang
merupakan kesalahan paling banyak menyumbang kepada kes kemalangan jalan
raya.
"Dalam
Ops ini, kita mengurangkan mengambil tindakan undang-undang sebaliknya
kita banyak memberi nasihat, bimbangan dan petunjuk. "Akan tetapi jika
mereka melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, memotong
garisan berkembar kita akan mengambil tindakan segera dengan menyaman
mereka," katanya. Beliau berkata selain itu pihaknya juga memberi
penekanan kepada penunggang motorsikal yang sering menyumbang kadar
kemalangan maut yang tertinggi. BERNAMA