Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah, Geng Benjo selepas menahan empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Benjo di Kampung Ladang Sekolah di Kuala Terengganu, kelmarin.
Dalam serbuan di sebuah rumah jam 6.30 petang itu, polis merampas 40 botol plastik berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar, berkata pihaknya turut menemui sembilan paket plastik biru yang setiap satu berisi 200 pil disyaki methamphetamine dan satu paket plastik biru berisi 193 pil kuda.
Sumber: Berita Harian