Article
Polis Tumpas Tiga Kes Dalam Masa Empat Hari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik minggu lalu berjaya menumpaskan 3 kes berkaitan dua wanita tempatan yang direkrut menjadi keldai dadah serta warga negara asi...
Pengarah JSJN, CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim berkata, dalam kes pertama pada 20 Januari lalu, polis menjumpai 30 bungkus plastik yang berisi dadah jenis kokain seberat 1.2kg berikutan penahanan 2 lelaki warga Nigeria di tangkap bersama 2 wanita tempatan.
Sementara dua hari kemudian, beliau turut memberitahu, 3 lelaki warga Pakistan ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Puchong dan Ampang sehingga membawa kepada penemuan 33 paket plastik berisi dadah disyaki jenis heroin seberat 40.2 kg.
Manakala dalam kes ketiga pada 23 Januari lalu, satu lelaki warganegara Guinea yang menelan dadah untuk diseludup masuk ke dalam negara ini ditangkap semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).