Polis Akhiri Mimpi Ngeri Tebusan
Seorang
kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru, Kuala Lumpur
yang dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki
rumahnya, berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.09 petang tadi.
KPD
Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis terpaksa
melepaskan empat das tembakan, yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan
untuk menyelamatkan mangsa.
Tindakan
tersebut terpaksa diambil selepas lelaki berkenaan bertindak agresif
dan pihak polis turut berhadapan dengan situasi sukar apabila lelaki itu
berada dengan mangsa di dalam bilik serta bersenjatakan pisau.
Menurut bapa mangsa, Syafrudin, 47, ketika kejadian dia berada dalam bilik dan ahli keluarga lain berada di ruang tamu.
Katanya,
dia terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik
salah seorang anaknya. "Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan
saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya
serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat,"
katanya.