Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Sindiket Ugut Usahawan Warga China

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 24 Mei - Polis berjaya menumpaskan sindiket yang menjadikan usahawan dari negara China sebagai tahanan sebelum mengugut mereka membayar wang tebusan, selepas tertangkapnya seorang lelaki..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-sindiket-ugut-usahawan-warga-china
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:52 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mei - Polis berjaya menumpaskan sindiket yang menjadikan usahawan dari negara China sebagai tahanan sebelum mengugut mereka membayar wang tebusan, selepas tertangkapnya seorang lelaki tempatan yang merupakan salah seorang anggota sindiket, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan apabila polis menyerbu sebuah coffee house di Jalan Pinang, di sini, selepas menerima laporan daripada seorang warga China bahawa majikannya telah dikurung anggota sindiket itu di sebuah hotel lima bintang di ibu negara.

"Bertindak atas laporan itu, polis telah menahan suspek semasa beliau sedang menunggu wang tebusan yang akan diserahkan oleh staf mangsa. 

"Siasatan mendapati sindiket ini terdiri daripada warga tempatan dan warga China yang dipercayai dalang dalam mengatur perangkap untuk memaksa mangsa membayar wang tebusan dengan menggunakan hotel berstatus lima bintang sebagai lokasi mengurung dan melakukan peras ugut terhadap mangsa," katanya dalam
kenyataan media, di sini, hari ini.

Zainuddin berkata modus operandi sindiket ialah menghubungi mana-mana peniaga di negara China dengan memperkenalkan diri dan mengaku sebagai wakil syarikat Malaysia atau Singapura untuk perbincangan sebelum mengatur perjumpaan dengan peniaga dari China tersebut di Kuala Lumpur.

Beliau berkata tindakan anggota sindiket menggunakan pelbagai alasan dengan mendakwa kononnya mangsa berhutang judi sehingga menyebabkan mangsa berasa tidak selamat akhirnya terpaksa membayar wang tebusan untuk menyelamatkan
diri.

Sehubungan itu polis kini sedang menjejaki saki-baki anggota sindiket dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi pegawai penyiasat jenayah Insp Mohd Yusri di talian 013-2093736 atau pejabat 03-26002222. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM