Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Disyaki Terbabit Lebih 10 Kes Pecah Keret

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Gorge Town, 23 Mei - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam lebih 10 kes pecah kereta di bandar ini Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata lelaki be..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-disyaki-terbabit-lebih-10-kes-pecah-keret
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:53 MYT
Gorge Town, 23 Mei - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam lebih 10 kes pecah kereta di bandar ini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi dalam Ops Cegah Jenayah di Sungai Nibong di sini.

Ketika ditahan, lelaki itu memandu kereta jenis Naza Ria dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan mendapati kereta berkenaan adalah kereta curi. 

"Kami turut menemui tiga keping kad kredit yang pernah dilapor hilang dan beberapa peralatan yang diguna untuk memecah kenderaan" katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis menyerbu rumah lelaki terbabit di Tanjong Tokong dan menemui enam keping lagi kad kredit, lapan kad ATM, enam geran kenderaan pelbagai nama serangkai kunci kereta pelbagai jenis, dua komputer riba dan lima telefon bimbit pelbagai jenama.

Gan berkata siasatan awal polis mendapati lelaki yang berasal dari Sungai Buloh Selangor dan pernah bekerja sebagai mekanik itu mula bergiat aktif dalam jenayah itu awal Januari lepas.

Polis akan memanggil mangsa yang pernah membuat laporan hadir ke balai polis untuk membantu siasatan, katanya sambil memberitahu bahawa lelaki itu direman sehingga Isnin depan. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM